Sejarah Yahudi - Dexter Harto K
Dexter Harto K - Menurut kajian sejarah yang
berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa
Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku
sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM.
Tafsir Al-Qur’an menunjukkan
bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai
Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71).
Dexter Harto K - Anak nabi Ibrahim adalah nabi
Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian
dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel.
Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah
nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam
telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara
negeri Mesir.
Kemudian ayahnya, nabi Yaakub,
serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana
sampai suatu hari Firaun yang berkuasa memperbudakkan (menjadikan hamba)
keturunan mereka yang dikenal dengan bani Israel.
Kerana kekejaman Firaun yang tak
terkira terhadap bani Israel, Allah SWT telah mengirim nabi Musa AS masa itu,
dan memerintahkannya untuk membawa bani Israel keluar dari Mesir.
Musa AS dan kaumnya meninggalkan
Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM.
Mereka tinggal di Semenanjung
Sinai dan timur Kanaan (Palestine), dalam Al-Qur’an, nabi Musa memerintahkan
Bani Israel untuk memasuki Kanaan, (Qur’an, 5:21).
Setelah nabi Musa AS wafat,
bangsa Israel tetap tinggal di Kanaan. Menurut ahli sejarah, nabi Daud AS
menjadi raja Israel dan membangun sebuah kerajaan berpengaruh.
Selama pemerintahan anaknya nabi
Sulaiman, batas-batas Israel diperluas dari Sungai Nil di Selatan hingga sungai
Eufrat di negara Siria sekarang di utara.
Ini adalah sebuah masa gemilang
bagi kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama senibina. Di Baitul Maqdis
(Jerusalem), nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa.
Setelah wafatnya nabi Sulaiman,
Allah SWT mengutus ramai lagi nabi kepada Bani Israel meskipun dalam banyak hal
bani israel tidak mendengar perintah para nabi, membunuh mereka dan
mengkhianati Allah.
Setelah kematian nabi Sulaiman,
kerajaan bani Israel (yahudi) berpecah, di utara Israel dengan ibukota Samarria
dan Di Selatan Juda dengan ibukota Baitul Maqdis (Yerrusalem).
Dengan berlalunya waktu, suku
yahudi jatuh di bawah Assyurria dan Babylon atau pergi ke Mesir sebagai
pelarian.
Ketika raja Perrsia Kyros tahun
539 SM mengizinkan orang Yahudi kembali dari pelarian mereka, banyak orang
Yahudi yang tidak kembali, di sinilah mulainya Diaspora, penyebaran bangsa
Yahudi ke seluruh dunia.
Pada tahun 63 SM Juda dan Israel
jatuh ke tangan orang Romawi dan tahun 70 SM berjaya menghancurkan
pemberontakan Yerusalem dan menghancurkan biara dan Juda.
Setelah itu orang Yahudi hidup
dalam pelarian, sehingga zaman khilafah Othmaniyah barulah orang Yahudi dapat
merasakan kehidupan yang damai dengan membayar pajak perlindungan kepada
kerajaan Othmaniyah. Akhir abad ke 19, ditunjangi oleh Jewish ColonizationAssocation Baron Hirsch, Yahudi dari Eropah Timur berpindah ke Argentina dan
membentuk Kolonialisme pertanian, untuk kembali ke Palestine bermula tahun
1881.
Kronologi penubuhan Israel
adalah seperti berikut;
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest
meengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan
membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil
sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri
zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.
sejarah melaka - Dexter Harto K |
1914 Di Palestine tinggal 1200 orang Yahudi.
Setelah kekalahan khilafah Othmaniyah dalam perang dunia pertama, Palestine
menjadi bola permainan para penjajah dan para Zionis ada di sisi British dan
Amerika.
1917 Tanggal 2 November menteri luar British Lord
Balfour menandatangani Deklarasi Balfour untuk membangun negara yahudi. Sebulan
kemudian masuklah tentera British ke Baitul Maqdis (Jerusalem).
1920 Gabungan Negara-negara menyerahkan mandat Palestine
kepada British. Akibatnya datanglah 75 000 lagi orang Yahudi ke Palestine.
Negara-negara Arab tidak menyetujui didirikannya negara Yahudi di Palestin
1922 Transjordania dipisahkan dari daerah mandat.
Sebagai perwakilan orang Yahudi dibuatlah Jewish Agency. Di tahun itu lebih
kurang 80 000 orang Yahudi tinggal di Palestine
1933 Di Jerman berlaku penghapusan etnik Yahudi
secara sistematik oleh Rejim Hitler.
sejarah melayu - Dexter Harto K |
1936 Masyarakat Arab menentang politik masuknya
orang Yahudi ke Palestine tapi orang Yahudi dibantu oleh tentera Inggeris.
1937 Sesudah pemerintah Mandat membatasi imigrasi
dan pembelian tanah oleh orang Yahudi, timbullah ketegangan yang dilakukan oleh
organisasi bawah tanah Yahudi terhadap orang Inggeris.
1939 Pendidikan sebuah brigade Yahudi untuk memasukkan
orang Yahudi ke Palestine
1945 Suruhanjaya Inggeris Amerika menganjurkan
penerimaan 100,000 orang Yahudi di Palestine, tapi kemudian ditolak oleh
Inggeris sehingga menyebabkan rusuhan di antara Yahudi – Palestine.
sejarah melayu - Dexter Harto K |
1947 UNO menganjurkan pemisahan Palestin dan
pembentukan negara Yahudi dan Arab. Perang antara Yahudi dan Arab menghindarkan
dilanjutkannya rencana itu.
1948 Inggris mengakhiri Mandatnya atas Palestine
dan pada 14 Mei meninggalkan Palestine. Tentera Yahudi memasuki Palestine dan
mengusir orang Palestine yang didukung oleh negara-negara Arab. Di hari yang
sama Ben Gurion mengisytiharkan kemerdekaan Israel di kota yang dibentuk
mereka, Tel Aviv, sehingga kemudian menyebabkan perang hari pertama Timur
Tengah.
1949 Setelah perang, Israel memenangi peperangan
dan bangsa-bangsa bersatu mengakui Israel sebagai sebuah negara.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar