Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu - Dexter Harto K
Dexter Harto K Terlalu sedikit anak muda masa kini yang memiliki keingintahuan yang tinggi perihal sejarah, maka dari itu membuat nya berada didalam sebuah blog diharapkan mampu memudahkan untuk membaca dan memperdalam kembali tentang sejarah.
Untuk mengetahui asal usul Bahasa
Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu
orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi
beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Dexter Harto Heine
Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan
pergerakan masyarakat Melayu kuno.Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu
berasal daripada kelompokAustronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari
daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa
gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara.
Asal Usul Bangsa Melayu
Dexter Harto K - Asal usul bangsa melayu merupakan
sesuatu yang sukar di tentukan,walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan
untuk menjelaskan pekara ini,tetapi kata sepakat antara sarjana belum
dicapai.secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal usul bangsa melayu iaitu
(a) bangsa Melayu berasal dari Yunnan (Teori Yunnan ), dan (b) bangsa Melayu
berasal dari Nusantara (Teori Nusantara). Selain itu ada juga pendapat yang
mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi
Nuh,iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara sungai Jambi dan Palembang,semasa
banjir besar berlaku di bumi.tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti
yang kukuh.
Dexter Harto K - Teori ini disokong oleh beberapa
sarjana R.H.Geldern,J.H.C Kern,J.R Foster,J.R Logen,Slametmuljana dan juga
Asmah Haji Omar.secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini
adalah seperi (a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di
Kepulauan Melayu .perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk dari Asia
Tengah ke Kepulauan Melayu; (b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga
di daerah Assam (berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar); (c) Bahasa
Melayu adalah serumpun dengan bahasa di kemboja. Lebih lanjut lagi,penduduk di
Kemboja mungkin berasal dari dataran Yunnan dengan menyusuri sungai
Mekong.perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan
pertaliannya dengan dataran Yunnan. Teori ini merupakan teori yang popular
yakni diterima umum,contohnya dalam buku Teks Pengajian Malaysia adapun
menyatakan ”nenek moyang” orang melayu itu berasal dari Yunnan
Berdasarkan teori ini.dikatakan orang
melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang
utama,iaitu orang Negrito,Melayu Proto,dan juga Melayu Deutro.
Gelombang pertama dikenali sebagai
Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi,Kira-kira dalam
tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali
sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir
pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orang-orang
Melayu-Proto seperti orang-orangJakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan
beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu,
Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini.
Orang Negrito
Dexter Harto K - Orang Neggrito merupakan penduduk
paling awal di Kepulauan Melayu,dipercayai berasal daripada golongan
Austronesia di Yunnanmereka dikatakan berada di sini sejak 1000 SM berdasarkan
penerokaan arkeologi di Gua Cha,Kelantan.daripada orang Negrito telah diperturunkan
orang semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap,berambut
kerinting,bermata bundar,berhidung lebar,berbibir penuh,serta saiz badan yang
pendek,keturunannya orang Asli di semenanjung Malaysia,Dayak di Sarawak dan
Batak di Sumatera
Menurut pendapat asmah haji omar
sebelum perpindahan penduduk dari asia berlaku,kepuluan melayu (Nusantara) ini
telah ada penghuninya yang kemudian di namai sebagai penduduk asli,ada ahli
sejarah yang mengatakan bahawa mereka yang tinggal di semenanjung Tanah Melayu
ini dikenali sebagai orang Negrito.orang Negrito ini diperkirakan telah ada
sejak tahun 8000 SM (sebelum masihi ).mereka tinggal di dalam gua dan mata
pencarian mereka memburu binatang.Alat perburuan mereka diperbuat daripada batu
dan zaman ini di sebut sebagai zaman Batu pertengahan.Di kedah sebagai
contoh,pada tahun 5000 SM,iaitu pada zaman paleolit dan mesolit,telah didiami
oleh orang Austronesia yang menurunkan orang Negerito,Sakai,Semai dan
sebagainya
Melayu Proto
Dexter Harto K - Asal yang kedua ialah Melayu-Proto,Berdasarkan
pendapat yang mengatakan bahawa orang melayu ini berasal dari Asia
Tengah,perpindahan tersebut (yang pertama) diperkirakan pada tahun 2500
SM,mereka ini kemudian dinamai sebagai Melayu-Proto,peradaban orang
melayu-proto ini lebih maju sedikit daripada orang Negrito. Orang Melayu-proto
telah pandai membuat alat bercucuk tanam,membuat barang pecah belah, dan alat
perhiasan kehidupan mereka berpindah randah.zaman mereka ini dinamai Neolitik
atau Zaman Batu Baru.Terdapat satu lagi persamaan antara Melayu Proto dimana
dikenali sebagai Melayu Negosiddek dimana kebanyakan terdapat disebuah pulau
yang di kenali sebagai Pinang,Melayu Negosiddek ini mahir dalam bidang lautan
tetapi tidak pandai berenang
Melayu Deutro
Dexter Harto K - Kumpulan ketiga dikenali sebagai Melayu
Deutro.perpindahan penduduk yang kedua dari Asia yang dikatakan dari daerah
Yunan diperkirakan berlaku pada tahun 1500 SM.mereka dinamai Melayu-Deutro dan
telah mempunyai peradaban yang lebih maju daripada melayu proto.Melayu-Deutro
telah mengenal kebudayaan logam.mereka telah menggunakan alat perburuan dan
pertanian daripada besi.Zaman mereka ini dinamai Zaman Logam,mereka hidup di
tepi pantai dan menyebar hampir di seluruh kepulauan melayu ini. Kedatangan
orang melayu-Deutro ini dengan sendirinya telah mengakibatkan perpindahan orang
melayu-proto ke pendalaman sesuai dengan cara hidup mereka yang berpindah
randah.berlainan dengan melayu-proto,melayu deutro ini hidup secara berkelompok
dan tinggal menetap di sesuatu tempat.mereka yang tinggal tepi pantai hidup
sebagai nelayan dan sebahagian lagi mendirikan kampung berhampiran sungai dan
lembah yang subur.hidup mereka sebagai petani dan memburu binatang.orang melayu
deutro ini telah pandai bermasyarakat,mereka biasanya memilih seorang ketua
yang tugasnya sebagai ketua pemerintahan dan sekaligus ketua agama,Agama yang
mereka anuti itu ialah animisme.
Dexter Harto K - Keturunannya orang Melayu di
MalaysiaDikatakan lebih bijak dan dan mahir daripada Melayu Proto.Bijak dalam
bidang astronomi, pelayaran dan bercucuk tanam.Bilangan lebih banyak daripada
Melayu Proto.Menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara.Orang ini,
kumpulan pertama dan kedua, dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang
terdapat di Nusantara sekarang berpunca daripada bahasa Austronesia ini
Teori Nusantara
Dexter Harto K - Teori ini disoking oleh
sarjana-sarjana seperti J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga
Gorys Keraf.Teori ini adalah disokong dengan alasan-alasan seperti di bawah
1.
Bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun yang tinggi
2.
Pada abab ke 19,Taraf ini hanya dapat dicapai setelah
perkembangan budaya yang lama.pekara ini menunjukan orang Melayu tidak berasal
dari mana-mana,tetapi berasa dan berkembang di Nusantara
3.
K.Himly tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa
4.
Bahasa Melayu serumpun dengan Bahasa Champa.baginya
5.
Persamaan yang berlaku di kedua-dua bahasa adalah satu fenomena
” ambilan ”
6.
Manusia Kuno Homo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di
pulau jawa.penemuan manusia kuno ini di pulau jawa menunjukkan adanya kemungkinan
orang melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut yakni berasal
daripada jawa dan mewujudkan tamadun bersendirian
7.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia ) mempunyai perbezaan
yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah )
Sejarah Asal Usul Bangsa Melayu
Dexter Harto K - Dalam buku Sejarah Melayu disebut
bahwa Melayu adalah nama sungai di Sumatera Selatan yang mengalir disekitar
bukit Si Guntang dekat Palembang. Si Guntang merupakan tempat pemunculan
pertama tiga orang raja yang datang ke alam Melayu. Mereka adalah asal dari
keturunan raja-raja Melayu di Palembang (Singapura, Malaka dan Johor),
Minangkabau dan Tanjung Pura. Sejarah Melayu (Malay Annals) merupakan karya
tulis yang paling penting dalam bahasa Melayu yang merupakan sumber yang
otentik untuk informasi mengenai ke-Melayu-an. Disusun sekitar tahun 1612
tetapi didasarkan catatan-catatan yang lebih tua. Disebut juga bahwa anggota
kerajaan Malaka menyebut diri mereka keturunan Melayu dari daerah Palembang.
Seperti keluarga raja-raja di Negeri Sembilan yaitu: Yang Dipertuan Ali
Alamsyah yang dianggap keturunan langsung dari Raja Minangkabau terakhir. Pada
waktu itu sebutan Melayu merujuk pada keturunan sekelompok kecil orang Sumatera
pilihan. Seiring dengan berjalannya waktu definisi Melayu berdasarkan ras ini
mulai ditinggalkan.
Dexter Harto K - Definisi Melayu menjadi berdasarkan
budaya dan adat, dimana orang Melayu adalah orang yang mempunyai etika, tingkah
laku dan adat Melayu. Pada waktu Islam mulai dianut didaerah Sumatera dan
Semenanjung Malaka, keyakinan dan ketaatan terhadap agama islam menjadi salah
satu ciri khas dari orang Melayu. Pada abad ke-18, William Marsden menyebutkan
bahwa dalam percakapan sehari-hari, penyebutan bangsa Melayu adalah sama dengan
sebutan bangsa Moor di India dalam artian ketaatannya terhadap agama Islam.
Sloty Casino Review 2021 - Mapyro
BalasHapusRead about online 파주 출장마사지 slots by Casinoy. Find unbiased reviews, ratings, games, 태백 출장마사지 complaints, & 부천 출장마사지 more - see activity. Search 강릉 출장안마 by genre, Rating: 2.1 · 군산 출장샵 Review by Mapyro